Search
Close this search box.

_

DISKAUN 20 PERATUS TAMBANG BRT SUNWAY BERMULA ESOK

KUALA LUMPUR, 30 November – Bermula esok (1 Disember 2018), para pengguna perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway yang menggunakan token dan bayaran tanpa tunai akan menikmati pengurangan tambang sebanyak 20 peratus dari tambang asal yang sedia ada.

Rapid Bus Sdn Bhd, selaku pengendali perkhidmatan ini, mengumumkan inisiatif pengurangan tambang berkenaan adalah bagi menghargai pelanggan setia di samping memberi galakan kepada penumpang untuk terus menyokong mengggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Walaupun memperkenalkan diskaun ini, Rapid Bus menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kad perjalanan Touch ‘n Go untuk penjimatan yang lebih besar sehingga 37 peratus dari tambang asal yang sedia ada,” menurut satu kenyataan media Rapid Bus, sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad.

Menurut kenyataan itu lagi, dengan pengurangan ini, kadar tambang selepas diskaun bagi stesen paling jauh iaitu stesen Sunway- Setia Jaya ke Stesen US7 adalah sebanyak RM4.30 berbanding harga asal RM5.40.

Caj RM0.90 akan dikenakan kepada pengguna yang masuk dan keluar stesen yang sama. Bagi pemegang kad konsesi seperti pelajar, warga emas dan orang kelainan upaya akan terus menikmati diskaun 50% berdasarkan tambang sekarang.

Pengguna boleh menyemak jadual tambang dengan kadar diskaun sebanyak 20 peratus menerusi mesin jualan tiket (TVM) atau layari portal www.myrapid.com.my.

Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585 atau berhubung di aplikasi media sosial Rapid KL.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App