Search
Close this search box.

_

DATO’ SRI HAJI TAJUDDIN DILANTIK PENGERUSI KUMPULAN PRASARANA

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Kumpulan; berkuatkuasa 11 Mei 2020.

Dato’ Sri Haji Tajuddin, seorang tokoh perniagaan berpengalaman dan juga ahli Parlimen Pasir Salak, menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Datin Paduka Zaharah Ibrahim, yang telah meletakkan jawatan pada 7 Mei lepas. “Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan Kumpulan Prasarana mempunyai keyakinan penuh atas kewibawaan dan ketokohan YB Dato’ Sri Haji Tajuddin untuk memacu program transformasi sistem pengangkutan awam negara dan memartabatkan perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia yang berkelas dunia, yang diamanahkan kepada kami.

“Pihak Lembaga Pengarah, pengurusan kanan dan seluruh warga kerja Kumpulan Prasarana juga ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Datin Paduka Zaharah atas segala khidmat beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Prasarana hari ini.

Berasal dari Kampung Gajah, Perak, Dato’ Sri Haji Tajuddin adalah graduan UniversitiMalaya dengan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pada tahun 1972 dan memulakankarier dalam perkhidmatan awam pada tahun 1972. Setahun selepas berkhidmatsebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam, beliauberalih kepada sektor swasta yang lebih mencabar untuk bekerja sebagai PengurusJualan di Syarikat Cycle & Carriage (M) Sdn Bhd, pemegang franchise dan pengedartunggal kereta buatan Mitsubishi Motors. Dua tahun bekerja sebagai PengurusJualan, beliau dinaikkan pangkat kepada Pengurus Pemasaran pada tahun 1975.

Berbekalkan pengalaman bekerja dengan Cycle & Carriage itu, beliau mengambillangkah berani sebagai pengasas dan peneraju sebuah kumpulan automotif yangterlibat dalam pengimportan, pemasangan serta pengedaran kereta-keretapenumpang dan komersial Mitsubishi dan Isuzu. Beliau merupakan Pengarah UrusanKumpulan kepada syarikat United Assembly (Services) Sdn Bhd, United Straits Fuso SdnBhd, Automotive Corporation ( M ) Sdn Bhd dan United Cycles Sdn Bhd.

Di samping industri automotif, Dato’ Sri Haji Tajuddin juga terlibat dalampembangunan hartanah dan Pendidikan tinggi swasta sebagai pengusaha danPengerusi TAJ International College di Ipoh, Perak. Beliau turut memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat iaitu :
 Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (2005 – 2008)
 Pengarah Asia Brands Corporation Berhad (2006 – 2007)
 Pengarah Maju Perak Holdings Berhad (2009 – 2011)
 Pengerusi FELCRA Berhad (2008 – 2013)

Dato’ Sri Haji Tajuddin juga adalah seorang tokoh politik yang telah memegang jawatan di pelbagai peringkat sejak tahun 1975 sehingga sekarang :

 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982 – 1988)
 Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1986 – 1988)
 Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak (2004 – sekarang)
 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (2009 – sekarang)

Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kampung Gajah, Perak (2004 – 2008), Ahli Parlimen Pasir Salak (2008 – sekarang), dan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani antara 2013 dan 2018.

Language:

Search